ILTIZAM , BESTARI, KUALITI .

PERHATIAN

PENTADBIR SK TAMAN HI-TECH

GURU-GURU SKTHT

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DI TAMAN NEGERI PERLIS

Jumaat, 13 November 2009

TERIMA KASIH CIKGU

Cuti Sekolah semakin hampir. Justeru kepada semua pelajar SKTHT selamat bercuti. Di sini pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua bahawa terdapat aktiviti yang dijalankan pihak sekolah masa cuti nanti. Kepada pelajar tahun 5 yang terpilih mengikuti kelas bimbingan berfokus , anda adalah orang yang bertuah. Oleh itu, anda semua diminta hadir ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Kepada murid tahun 6 yang akan menerima keputusan UPSR berkemungkinan pada hari Rabu ini, bersedia untuk menerima kenyataan. Apa yang anda usaha, buat dan doa..itulah keputusan yang anda dapat. Terima kenyataan. Dan, ucapkanlah TERIMA KASIH kepada guru-guru anda yang telah memberi yang terbaik. Semoga ilmu yang dicurahkan guru-guru diberkati. Minta lah kepada guru-guru yang mengajar anda HALAL kan segala ilmu yang diberi. Ilmu yang diberi mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.


Kepada semua ibu bapa , terima kasih atas teguran anda. Guru-guru SKTHT yang masih lagi kurang sempurna dalam bidang pendidikan memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang cikgu-cikgu lakukan. Kelemahan dan kesilapan adalah kelemahan kami dan kebaikan dan kesempurnaan datnganya daripada Allah.


Kepada murid tahun 1-5 , berhati-hati semasa cuti sekolah nanti. Dengar cakap ibu bapa
Anda akan menghabiskan banyak masa di rumah. Lakukan ulangkaji walaupun bercuti agak lama. Berhati-hati dengan musim hujan sekarang dan pelabagai kejadian yang tak kita ingini.

KEPADA GURU-GURU SKTHT, SELAMAT BERCUTI . REHATKAN MINDA ANDA, TEKAK ANDA DARIPADA SEGALA KARENAH ANAK-ANAK ANDA DI SEKOLAH."Terima Kasih Cikgu..Jasamu dikenang...tunggu cabaran 2010.

Sabtu, 19 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI , SEMUA GURU SK TAMAN HI-TECH MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Isnin, 31 Ogos 2009

PEPERIKSAAN UPSR 2009

Salam Ramadan kepada semua...
Peperiksaan UPSR akan tiba tak lama lagi. Pada 8, 9, dan 10 September semua pelajar tahun 6 akan menghadapi peperiksaan yang menentukan kemanakah mereka akan pergi selepas ini. Justeru , semua guru dan murid-murid SK Taman Hi-Tech mendoakan pelajar tahun 6 berjaya dalam UPSR nanti. Jaga kesihatan, dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran. Berdoa kepada Allah yang maha esa.

Selasa, 18 Ogos 2009

KEM SAYANG ANAKKU SAYANG

Pada 13, 14, dan 15hb Ogos 2009, SK Taman Hi-Tech, telah mengadakan kem sayang anakku sayang bertempat di Puteri Ayu Chalet Yan Kedah. Program ini diadakan ialah untuk menigkatkan kefahaman murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

Baru sampai dan mendengar taklimat....semangat nak belajar ka nak main...


Cikgu Jamil sedang memberi penerangan tentang ikan yang terdapat dalam kolam...betul ka cikgu Jamil ni....sampai Ustaz Ismail dan Ustaz Azhar ternganga. Betoii...kata cikgu Din


Beri peluang mandi kat depa...ishh....tak pernah jumpa kolam mandi ka apa bebudak ni....tak mau naik sampai kena hambat dengan cikgu Din.



Santapan rohani daripada Ustaz Ismail...semoga apa yang disampaikan dapat menjadi panduan kepada pelajar-pelajar ni...esok-esok jadi orang berguna..ingat kat Ustaz.....amin.




Lelong...lelong..lelong...Cikgu Rohana sedang melelong seluar kecik yang ditinggalkan sebelum balik. Biasalah budak-budak ni nak balik mesti ada yang tinggal barang. Tapi tak ada seorang pun yang nak mengaku. Tak pa...kita bagi kat orang di Afrika yang tak ada seluar ni...




Lelong lagi...ish...pelajar-pelajar Hi-Tech ni memang suka menderma. Apa sahaja program kat luar pasti nak derma barang..bagusss....

Ahad, 12 Julai 2009

LDP CIKGU SKTHT KAT SEDIM

GURU BESAR SEDANG MEMBERI TAKLIMAT TENTANG INTIGRETI KHIDMAT AWAM. GURU-GURU DENGAN TEKUN SEKALI MENDENGAR...

LIHAT...BETAPA CERIA DAN GEMBIRANYA GURU-GURU APABILA PERTAMA KALI NAIK TREE TOP WALK WALAUPUN DEKAT DENGAN KULIM JE...

GURU-GURU LELAKI YANG BERADA DI TENGAH LALUAN TREE TOP WALK. 18000 KAKI RASANYA. ISHH...TAK ADALAH SAMPAI MACAM TU..



SEBELUM NAIK TREE TOP WALK , BINCANG DULU APA NAK BUAT MASA BALIK NANTI...BERENANG ATAU MAKAN DURIAN...MUSIM BUAH TU....



PERSIAPAN GURU-GURU PEREMPUAN..EH..CIKGU MACAM NAK PI GIANT , TESCO JA TENGOK...BOLEH LA TU..



SK TAMAN HI-TECH TELAH MENGADAKAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN DI TREE TOP WALK SEDIM. LATIHAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN GURU-GURU SANGAT TERUJA DENGAN KEINDAHAN PEMANDANGAN DI SEDIM. LDP SEBEGINI PERLU DIADAKAN SELALU....BOLEH KE..?

Rabu, 17 Jun 2009

TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT 5A DAN 4A 1B


Muhammad Amirul Mohd Rodzi


Nurshafiqah Aliah Mohamed Hanafiah


Caitanya Devi A/p Arumugam



Sofea Nabila Hisahm



Nur Athirah Ahmad Mokhtar


Wan Nurfazrin Syahirah Wan Zainal Adli

Fatin Syazana Shamsul Akmar


Muhammad Izzat Nasaruddin









Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B. Kepada yang gagal mendapat apa yang diharapkan , jangan putus asa. Cuba lagi dalam peperiksaan UPSR yang sebenar.

Khamis, 14 Mei 2009

GURU-GURU SK TAMAN HI-TECH




SELAMAT HARI GURU

Khamis, 7 Mei 2009

KEM ANAK SOLEH


KEM ANAK SOLEH AKAN DIADAKAN :


TARIKH: 1-3 JUN 2009

HARI : ISNIN -RABU

TEMPAT: PLKN BUKIT BESAR , KULIM KEDAH

YURAN : RM150.00
PESERTA : TAHUN 4, 5 DAN 6


SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI

USTAZ ISMAIL BIN AZIZ DI TALIAN

012-5932223

Isnin, 27 April 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DI TAMAN NEGERI PERLIS


Dalam Gua yang sempit...sangat mencabar.Namun pelajar Hi-Tech tidak sedikit pun rasa takut.
Sebelum masuk ke dalam gua. Sempat lagi berposing... lepas masuk gua baru tau...penat toksah dok kata.
Cikgu Sharifudin dan guru-guru lain sedang memberi penerangan sebelum masuk Gua. Teruja....









Ustaz Ismail dan Blogmaster sedang melihat binatang yang yang pelik di Hutan Simpan Taman negeri Perlis.

Selasa, 14 April 2009

PASUKAN SOFTBALL SEKOLAH


Aksi pemain lelaki SKTHT. Walaupun dapat tempat ke 3 , ia adalah satu kejayaan yang bermakna. Hal ini kerana blogmaster dimaklumkan oleh jurulatih ( En Hassan ) pasukanya adalah projek 2012. Kita tunggu tahun 2012, itu pun kalau cikgu Hassan tak pindah sekolah.




Cikgu Hassan sedang memikirkan formula untuk menewaskan pihak lawan. Kata-kata tak terkata telah diberikan kepada anak didiknya. Tahniah...bukan senang nak senang.



Tahniah diucapkan kepada pasukan softball SKTHT kerana berjaya mendapat tempat ke dua bagi pasukan perempuan dan tempat ke tiga bagi pasukan lelaki. Kepada cikgu Hassan dan cikgu Asyraf cuba lagi tahun hadapan. Kejayaan akan datang dengan usaha anda . TAHNIAH.....








Khamis, 9 April 2009

SELAMAT DATANG

Belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada Penolong Kanan Ko-kurikulum yang baru:

Pn. Nor Azian bt Mohamad Jamal.

Pihak sekolah dan ibu bapa mengalu-alukan kedatangan cikgu ke SKTHT.

SEKARANG MUSIM HUJAN

Perhatian kepada semua guru dan pelajar SK Taman Hi-Tech. Sekarang merupakan musim hujan. Justeru kita perlu berhati-hati agar kesihatan dan keselamatan kita terjaga. Kepada murid-murid SKTHT , jangan bermain hujan apabila waktu pulang dari sekolah. SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN BUKAN LAGI TANGGUNGJAWAB GURU SEKIRANYA KAMU MENGALAMI KEMALANGAN. Justeru sila jangan keselamtan anda sendiri.

Khamis, 12 Mac 2009

KLIK DI GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN JELAS

CIKGU LELAKI SK TAMN HITECH




SILA KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN JELAS

Khamis, 5 Mac 2009

MAJLIS PELANTIKAN KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS


Majlis pelantikan Ketua Kelas dan Penolong ketua kelas telah diadakan pada bulan Februari. Pelantikan ini diharap dapat meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan murid SK Taman Hi-Tech. Kelihatan Guru Besar sedang menyampaikan sijil pelantikan kepada pelajar yang terpilih. Tahniah diucapkan...
Laporan: anjungsena

Rabu, 4 Mac 2009

SUKAN TAHUNAN SK TAMAN HI-TECH

Inilah orang kuat Sukan Sk taman Hi-Tech , dari Kanan En Ramly B Othman , PK Ko En Fadzil B Darus ( Telah bertugas di SK Sungai Tengas sebagai Guru Besar : Tahniah diucapkan ) dan Setiausaha sukan yang tak berapa nak senyum tu... En Hasrun Nizar Abdul Hamid ( Sukan hebat tahun ni...senyum sikit)
Inilah sebahagian guru yang menjayakan temasya sukan tahunan SK Taman Hi-Tech. Depa ambik gambar tak bagi tau kami.. tak pa taun depan kami nak gambar kami juga...blogmaster marah....

Rumah Pangkor yang menggayakan ala Mexico di bawah pimpinan Cikgu Puan Siti Rohana Abu Hassan. Walaupun mendapat tempat kedua tahniah diucapkan.


SUKAN TAHUNAN SK TAMAN HI-TECH KALI KE 7. ( 22.02.2009)

Sukan tahunan telah diadakan dengan penuh gilang gemilang. Pada tahun ini sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan Taman Hi-Tech bekerjasama mengadakan sukan tahunan.


Laporan: anjungsena










 

blogger templates | Make Money Online