ILTIZAM , BESTARI, KUALITI .

PERHATIAN

PENTADBIR SK TAMAN HI-TECH

GURU-GURU SKTHT

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DI TAMAN NEGERI PERLIS

Isnin, 31 Ogos 2009

PEPERIKSAAN UPSR 2009

Salam Ramadan kepada semua...
Peperiksaan UPSR akan tiba tak lama lagi. Pada 8, 9, dan 10 September semua pelajar tahun 6 akan menghadapi peperiksaan yang menentukan kemanakah mereka akan pergi selepas ini. Justeru , semua guru dan murid-murid SK Taman Hi-Tech mendoakan pelajar tahun 6 berjaya dalam UPSR nanti. Jaga kesihatan, dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran. Berdoa kepada Allah yang maha esa.

Selasa, 18 Ogos 2009

KEM SAYANG ANAKKU SAYANG

Pada 13, 14, dan 15hb Ogos 2009, SK Taman Hi-Tech, telah mengadakan kem sayang anakku sayang bertempat di Puteri Ayu Chalet Yan Kedah. Program ini diadakan ialah untuk menigkatkan kefahaman murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

Baru sampai dan mendengar taklimat....semangat nak belajar ka nak main...


Cikgu Jamil sedang memberi penerangan tentang ikan yang terdapat dalam kolam...betul ka cikgu Jamil ni....sampai Ustaz Ismail dan Ustaz Azhar ternganga. Betoii...kata cikgu Din


Beri peluang mandi kat depa...ishh....tak pernah jumpa kolam mandi ka apa bebudak ni....tak mau naik sampai kena hambat dengan cikgu Din.



Santapan rohani daripada Ustaz Ismail...semoga apa yang disampaikan dapat menjadi panduan kepada pelajar-pelajar ni...esok-esok jadi orang berguna..ingat kat Ustaz.....amin.




Lelong...lelong..lelong...Cikgu Rohana sedang melelong seluar kecik yang ditinggalkan sebelum balik. Biasalah budak-budak ni nak balik mesti ada yang tinggal barang. Tapi tak ada seorang pun yang nak mengaku. Tak pa...kita bagi kat orang di Afrika yang tak ada seluar ni...




Lelong lagi...ish...pelajar-pelajar Hi-Tech ni memang suka menderma. Apa sahaja program kat luar pasti nak derma barang..bagusss....

 

blogger templates | Make Money Online