ILTIZAM , BESTARI, KUALITI .

PERHATIAN

PENTADBIR SK TAMAN HI-TECH

GURU-GURU SKTHT

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DI TAMAN NEGERI PERLIS

Jumaat, 13 November 2009

TERIMA KASIH CIKGU

Cuti Sekolah semakin hampir. Justeru kepada semua pelajar SKTHT selamat bercuti. Di sini pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua bahawa terdapat aktiviti yang dijalankan pihak sekolah masa cuti nanti. Kepada pelajar tahun 5 yang terpilih mengikuti kelas bimbingan berfokus , anda adalah orang yang bertuah. Oleh itu, anda semua diminta hadir ke sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan.


Kepada murid tahun 6 yang akan menerima keputusan UPSR berkemungkinan pada hari Rabu ini, bersedia untuk menerima kenyataan. Apa yang anda usaha, buat dan doa..itulah keputusan yang anda dapat. Terima kenyataan. Dan, ucapkanlah TERIMA KASIH kepada guru-guru anda yang telah memberi yang terbaik. Semoga ilmu yang dicurahkan guru-guru diberkati. Minta lah kepada guru-guru yang mengajar anda HALAL kan segala ilmu yang diberi. Ilmu yang diberi mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.


Kepada semua ibu bapa , terima kasih atas teguran anda. Guru-guru SKTHT yang masih lagi kurang sempurna dalam bidang pendidikan memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang cikgu-cikgu lakukan. Kelemahan dan kesilapan adalah kelemahan kami dan kebaikan dan kesempurnaan datnganya daripada Allah.


Kepada murid tahun 1-5 , berhati-hati semasa cuti sekolah nanti. Dengar cakap ibu bapa
Anda akan menghabiskan banyak masa di rumah. Lakukan ulangkaji walaupun bercuti agak lama. Berhati-hati dengan musim hujan sekarang dan pelabagai kejadian yang tak kita ingini.

KEPADA GURU-GURU SKTHT, SELAMAT BERCUTI . REHATKAN MINDA ANDA, TEKAK ANDA DARIPADA SEGALA KARENAH ANAK-ANAK ANDA DI SEKOLAH."Terima Kasih Cikgu..Jasamu dikenang...tunggu cabaran 2010.

 

blogger templates | Make Money Online